Wednesday, November 11, 2009
Kerja Dalam Kerja
Dalam diam2..dah hampir setahun setengah aku bekerja. dahulu masa sekolah, perasaan nak bekerja tinggi melonjak2 sampai rasa malas jer nak sekolah. Pernah juga aku rasa malas nak teruskan pengajian aku masa zaman sekolah dulu. tetapi memikirkan masa depan aku, aku ambil keputusan untuk meneruskan pengajian aku sehingga tamat di Universiti.
Zaman sekolah / universiti mmg seronok. aku rasa rindu sangat nak kembali ke zaman itu. Kawan2 masa tu mmg semua satu kepala. ponteng kelas, main dota, CS, futsal, hiking gunung, kawad, malah outing pon ikut pintu belakang sampai terjatuh masuk semak gaung dalam. hehe..mmg kelakar kalau di kenang balik...
tapi tu dulu..kini aku dah mula nak merangkak masuk ke alam kerja. life aku jadi lain. xmcm dl. sebok n masa aku mmg pack and xder masa untuk kawan2. hobi aku yg suka hiking pon aku lama tinggalkan. Dahulunya klu hari mgu at least ktorg akan g training berjogging untuk stamina nak naik gunung setiap akhir sem. tp kini tiada lagi. aku sekarang duduk kat office jela. Menghadap bos.hehe..(xder org lain dah)...
Entertain aku pon terhad. cuma skrg ni kawan office aku skrg dah mula nak buat satu team futsal dari company aku. Setiap mlm Isnin aku n kawan2 company yang lain aku akan g Sport Planet sekyen 16 Shah Alam main futsal kat sana. ok la jgk..daripada x bersukan langsung..at least berpeluh jg la kan?
Well aku suka dengan kerja aku skrg. aku hepi dgn kerja. sbb ni la impian aku selama ni mahu bekerja dalam environment yang sebok n bz.
Well, see you all later..
Salam
Saturday, August 29, 2009
Pasir Gudang yang Bergudang
Benda yg aku paling x suka datang sini jalan raya yg selalu sesak dan environment yg hampeh. tiap2 hari aku hidu bau gas yg dtg dari kilang2 kt sini. Jangan cakap la.kilang kt sini nth apa2 kilang. semuanya ada chemical. klu korang datang sini dengan kereta, confirm keta korg berabuk tupun br parking 1 hari.
Ni la kehidupan aku kt sini selama 5 bulan outstation di Sime Darby Engineering untuk kerja clerance punchlist projek MOQ (Mearsk Oil Qatar) disini. mmg hampeh..pergi keje ...ptg balik...madah jam ja...jam yg xleh blah...teruk tahap superb..member aku pernah kata, kt sini mmg superb dgn jam...klu pg tue biasa dah dengan jam.ptg jgn ckp la.mana org nak balik kg, keje, pergi makan...ahh...jam sokmo...
apa pon aku harap jalan kt sini dapat upgrade lg bgs...sedey aku tgk jln tue yg asyik jam ja..
huhu
Monday, February 2, 2009
Ku di Oil n Gas department.
Hari ini Aku di pindahkan ke department oil n gas untuk membantu supervisor aku zamir bg menyiapkan keja2 di department ini. Kini aku jadi trainee engineer (apprentice) selama 3 bulan. dan jika aku x perform mgkn aku dipecat dari syarikat. Well, aku cuba jela lu keje ni. apa2 pon, keje tetap keje. we must take the challenge to become a great engineer. yeahhh....!
Sunday, January 25, 2009
Konvo
21/1/2009..
Jam 10 Pgi...aku gerak ke umah mak long aku kat KG RAJA UDA,KLANG. ari ni aku akan bergerak ke UMP, Gambang untuk persiapan majlis konvo aku hari sabtu nnti...aku dah plan ngn abg fizi aku untuk tumpang dia sampai ke KL nnti. Bila tiba di KL nnti, leh la aku lepak2 ngn cousin aku tue kat office dia.
Jam 11.00 pg.....Aku sampai di umah mak long aku. yg ada family abg fizi. so aku lepak2 la lu sementara tunggu abg fizi aku siap2.
Jam 12.00tgh...Kami pon bergerak ke KL. dalam perjalanan aku and brother fizi bnyk berbual pasal hal2 keja sampai la KL.
1.00tgh
sampai office ABG fizi...besa jgk la office ni. cuma xrami lagi..office ni baru bukak. baru nk jalan. Member aku syukor pon ada kat dalam tu.dia dulu practical kat Synergistic.lani keje kt tempat abg fizi.
1:30 ptg...
lunch time...hehe..brother fizi lanje,,,ari ni bdak2 office br dapat gj.so dorg cadang mkn kat white coffee. mahal la oi mkn kat sini.. lantak la..jnji mkn.
2:00ptg...
kelam kabut aku balik office nk amik beg aku kat atas. bas aku kol 2:30ptg kat pudu. tp aku wat rilek jela. jalan2 sampai pudu.
2:30ptg..
Sampai Pudu..ngam2 aku sampai.penat la oi..mmg pnt la...gilo jauh la jalan kaki...
5:30ptg...
aku sampai kt UMP...terus tpon kawan aku kat UMP.
8:00mlm
makan mlm ngn aine. aku ingt mlm tu aku nk mkn kat luar. tp mls la. safe duit sikit. aku n aine berborak sampai la pukul 11.00mlm lbh kurang.
1:00pg
Tido...
22/1/2009
7:00 pg : Amik zul kat depan ump. dia br mai dari Kedah.Lepak kat umh napi...
11:00pg : Amik jubah kt DKU 1. tensen jg aku.kne isi borang resume sampai 8 helai..tensen3..
2:00ptg : gerak ke Kuantan ngn zul n aine..
5:00ptg : balik umh....
23/1/2009..
7:30pg...
AStagfirulah...dah kol 7 lebih rupanya.aku bangun lambat subuh...xsedar.coz aku penatsngt agaknya...cepat2 aku bgn n siap nk semayang. tapi aku terlupa.terus rush g raptai konvokesyen kt kuantan.
9:00pg
Sampai Dewan Jubli Perak.saja datang lambat. tgk2 dorg pon macam baru start. sampai2 xder pape nak buat, aku lepak n tgk jela raptai tue.
11:00 pg
Lapar gilo nak tunggu raptai abh.
11:15pg
Cari kedai bundle. nak cari kod Untuk Zul. tapi g mkn lu.lapo...kitaorg makan kat zaman. lama xmkn kt kedai ni.
1:30ptg...
Bapak aku sampai kat gambang. Jemput dia and terus gerak ke Kuantan.
2:30ptg..
check in hotel kat saga suasa Terminal Kuantan. Boleh la nak stay satu mlm kat situ. hotel badget ja.
3:00ptg..
G Hi-Tea bersama naib canselor. makan2 sampai kenyang abh. pastu terbongkang sampai x larat nk bngn. haha,...
5:00ptg..ajak family aku g jejalan kat telok cempedak..hepi ja dorg...hehe..lom pernah sampai telok cempedak..
10:00mlm
Balik UMP..pnt gler..xlarat dah..balik2 trus iron baju then trus tido...gampang la...mmg penat gilo..
24/1/2009...
Hari yang di tunggu...aku konvo ari ni...macam x sangka aku dah konvo...pagi2 lagi aku dah jne saman salah masuk lorong kat kuantan.alahai...apa la punya nasib.aku teruskan perjalanan aku sehingga sampai Dewan Jubli Perak.mula seram jg la aku nk konvo ni.yela, nak mengadap Tengku Mahkota.tp gua rilek jer...
Akhirnya jam 11:oopg aku terima ijazah aku. fuh...lega la oi.
Selesai la aku mengadap buku selama ni...x disangka selama ni aku dah 4 tahun kt kuantan. seronok la jgk blaja kat sini..
Ok la...sampai kt sini jer...lain kali sambung lain...
Sunday, December 21, 2008
Aku ada satu idea....
Walaupun isu Kitar Semula dah diusulkan, tetapi sampah tetap ada di merata rata tempat .. So, aku cadangkan kita kutip sampah kat tepi jalan dan jualkannnya di satu kedai kat tepi jalan juga.Insyallah, Kalau kita buka kedai KITAR SEMUAL kat tepi jalan, maka ramaila orang nk jual sampah. Sebabnya, cara ni menyenangkan pengutip sampah nak jual sampah mereka. Pihak peniaga sampah ni leh letakkan harga bagi 1kg sampah mengikut ketegori sampah,.plastik,besi, alluminium dll.
Bagaimana pula tanggapan orang tentang kutip sampah pulak. Segelintir masyarakat, mereka malu dan segan nak kutip sampah kat tepi jalan. Jadi, kalau mereka dapat keuntungan daripada jual sampah ni, mungkin cara macam ni dapat megikis sikap negatif ni. . Aku rasa diorang lebih rajin kalau ada kaedah macam ni di perkenalkan. Duit punya pasal beb...dorang peduli apa..
Usaha ni perlukan sokongan daripada Pihak Kerajaan. Pihak kerajaan perlu memberi modal kepada agensi tertentu untuk menjalankan ”bisnes sampah” ni. Aku rasa, dengan cara ni, negara kita akan bersih dan masyarakat kita juga dapat keuntungan.
Monday, December 15, 2008
Lahanat Punya Virus...!!!
Salam kepada semua,
Maaf, sbb dah lama xlama xupdate blog ni. Aku sibok lagi dengan kerja kat sini. Macam2 hari2 biasa. Still bnyk keje dengan tender2 syarikat aku.
Well, Ari ni aku lebih bnyk terpikir nasib aku yang lepas. 2 hari lepas, laptop aku kena serang virus2 durjana. Kesannya “keyboard” laptop aku xleh berfungsi. Memang hampeh.
Aku try nk repair laptop aku. Tapi still xleh jugak, sebab keyboard laptop aku xleh berfungsi. Aku pon beli la keyboard USB. Hasilnya sama juga. Xleh pakai. So jalan terakhir, aku terpaksa format laptop aku. Sedey gilo la…laptop kne format bodo2 je.. Tapi nk wat cm ne. silap aku jgk.. Sepatutnya aku pki keyboard USB dulu. Pastu kalau xleh, barulah Format. Silap la..aku jadi tension bila jadi macam ni. Aku xdapat nk selamatkan fail2 aku. Brengseettt punya virus.Benci siot,..
Aku rasa macam nak maki hamun je,..tapi rilekss…sabar….ada hikmahnya ni.
Dah la. Malas aku nak piker balik. Lagipon aku baru jer format laptop ni. TENSION jgk la!! Tp nak wat cmne. Terima jela qada’ dan qadar Allah..aku rasa bersyukur juga laptop aku masih leh hidop.
Namun, diakhir cerita ini aku rasa bnyk juga hikmahnya. Aku dah lama x format laptop ini. Ah dekat setahun dah. So, dah tiba masanya laptop ni kne format.
By da way, 4 you all jaga la laptop korg baik2. aku still guna laptop ni dah dekat 5 tahun. Still leh guna lagi. Cuma bateri jela dah KONG. Tapi tu x kisah la. Aku tetap rasa bersyukur kerana masih lagi ada laptop.
Tuesday, October 28, 2008
Rumah Pak Cik Johan KU
Sori coz dah lama tak update blog ni..biasa la. bz ngan keje kat office.
Pekabar semua sahabat2 ku dan .harap sihat belaka la. Ari ni aku nak crita pasal aku g beraya ke rumah cik johan aku kat putrajaya 2 minggu lps sbb aku xtaw nak wat ape ujung minggu.So aku pon telefon cik Johan aku,aku nk dtg umh dia. dia bgtau aku,klu nk dtg ptg sikit coz dia xder kat umh. katanya nak ke Umah Mak Long aku kat KLANG. kebetulan, aku pon nk ke umh mak long. aku cakap la kt dia,yang kita gerak sama2. Lepas jer aku siap2 nk g pagi tue, aku pon gerak la dengan menaiki kereta WIRA Khairul. kami tukar pakai transport. khairul pakai moto aku,aku pakai keta dia.
Memandangkan minyak keta nk abh, aku pun isi minyak kat Esso . Aku isi la RM20. terus mulakan perjalanan sampai umah maklong. sampai umh maklong, cik johan dah tunggu. Kitorg pon mkn2 la kat umh mak long.,
Lepas makan, cik johan n aku lepak2 kat ruang tamu. kami berbualkan pasal hal keje. Rupenya, keje Cik Johan n aku sama. Kitaorang wat keje yang sama. apa lagi, rancak la perbualan kami.
Ari makin petang. aku n Cik Johan bertolak ke PutraJaya. Dalam ati seronok btul coz x pernah g putrajaya sendiri. Cik johan kata, dia follow aku sampai Putrajaya.Aku bagi cadangan, ikut highway KESAS. dekat skit.ada short cut lalu situ. dalam perjalanan, Cik Johan sudah potong aku. Alamak, susah la macam ni. mana tak nya, aku baru nak tunjuk jalan shortcut nak g putra jaya,xpasal dia ikut jalan jauh.hai...sabar jela. masalah btul cik johan ni.Xpasal2 kami terpaksa ikut jalan jauh. banyak tol pulak tue.huh.xpala..aku pon reda jela duk kat KL ni.bnyk btul tol kat sini.
Aku duduk kat dapur umh cik Johan. besar dapur dia.leh wat kenduri besa kt sini.Keadaan umah ni dah diubah jadi besar. dulu kecik jer umh ni. tp lepas dia duk kat sini, dia renovate gile2 r umah ni.aku pun mcm xcaye rumah dia dah besar. luas. Kira ok la.ada tanah kat tepi tu n dalam dia reovate sikit.puas ati la.
Malamnya, aku xder wat pape la. duk rileks jela. lagipun mlm tue sedara isteri cik johan, cik Yah datang umh nak beraya. kami makan sup daging,laksa n nasi ayam mlm tu. aku pon sama2 melantak la. lama jgk kami x berbual sama2 macam ni. maklumla..masing2 sebok wat keje masing2.xsempat nk berbual.hujung minggu jela yang sempat.
Malam tu,anak cik johan (kak long) nak wat bisnes ngn aku. Bisnes jual lampu minyak tanah (material besi punya). ssh nak cari skrg kat KL.kalau ada pon yang plastik punya. Kami plan nak jual lampu raya tu raya tahun depan.masyuk...masyuk...hehe..
Sok paginya, aku n cousin aku g alamanda untuk belanje skit barang peribadi. besh...lama dah x g sana.semua dah berubah. lani dah ada carefour. dulu xder. Banyak lg ada kat alamanda ni. aku nak cite pon sampai pagi pon xhabis..
aku gerak balik rumah kul 8mlm.Waktu tu hujan lebat sgt.sampai xnmpk jln. tgh driving, tiba2 ada accident kat highway elite. kereta tu terbabas terkena divider jalan.mgkn sbb jln tu licin kot. teruk jg la ku tgk kereta tu. tapi smua penumpang slamt. So aku teruskan perjalanan balik kerumah. aku sampai rumah dalam kul 9mlm jgk la.Alhamdulillah...selamat..
So, datang la ke putrajaya kalu nk tgk bangunan2 baru mencacak. lawa2 building kat sana.
OK.stakat tu jela dari aku. semoga jmpa lagi...salam...

- Kebun Tepi Umah ada pokok kelapa,tebu dan macam2 lagi

- Tiang Rumah (simple tapi lawa)







